Program Lawatan Usahawan Ke Bengkel Bahulu Puan Ishah
13 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 12 September 2019, PI Batas Lintang telah berkunjung ke Bengkel Bahulu Puan Ishah yang terletak di Arked Mara Simpang Empat Perlis. Tujuan lawatan tersebut adalah bagi mempromosikan perniagaan Puan Ishah iaitu pembuatan & penjualan bahulu dan kuih-muih tradisional. Lawatan berlangsung selama dua jam dari pukul 9 pagi hingga 11 pagi. Sesi temuramah dijalankan dan sesi penyuntingan video.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: